Aduan & Pelesenan di hujung jari

Hargailah
Haiwan

'Kebajikan haiwan adalah tanggungjawab kita sebagai pemilik haiwan'

Ketahui Keperluan Haiwan

Kewajipan pemunya atau pemegang lesen mengambil langkah-langkah yang munasabah memastikan keperluan haiwan dipenuhi.

Keperluan persekitaran yang sesuai

Persekitaran yang sesuai hendaklah disediakan bagi memastikan kebajikan haiwan terpelihara, termasuk ruang yang bersih, selamat dan memenuhi keperluan asas fizikal serta tingkah laku semula jadi haiwan.

Keperluan diet yang sesuai

Diet yang sesuai hendaklah diberikan bagi memastikan haiwan menerima pemakanan seimbang, mencukupi and bersesuaian dengan spesies, umur serta tahap kesihatannya.

Keperluan untuk ditempatkan bersama atau berasingan

Haiwan perlu ditempatkan berdasarkan kepada keperluan sosial haiwan mengikut sifat semula jadi spesies tersebut. Setiap haiwan mempunyai cara hidup yang berbeza — ada yang hidup berkumpulan (sosial) dan ada yang hidup bersendirian (solitari).

Keperluan untuk mempamerkan corak kelakuan semula jadi

Haiwan perlu diberi ruang dan persekitaran yang sesuai untuk mempamerkan tingkah laku semula jadi mereka.

Keperluan untuk dilindungi daripada kesakitan, penderitaan, kecederaan dan penyakit

Keperluan yang penting bagi memastikan haiwan hidup dalam keadaan sihat dan selesa. Haiwan perlu dijaga supaya tidak mengalami kesakitan atau penderitaan yang boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan mental meka.

MyAnimalWelfare

MyAnimalWelfare adalah sistem atas talian bagi pengurusan penguatkuasaan Akta Kebajikan Haiwan 2015 berhubung pelesenan, aduan pengabaian kebajikan atau penganiayaan terhadap haiwan, aktiviti kawal selia, tindakan perundangan dan aktiviti promosi yang berkaitan dengan kebajikan haiwan berdasarkan Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772] serta perundangan subsidiari dibawahnya

4
Aktiviti Perlu Lesen
2,363
Premis Berdaftar
8,417
Lesen Dikeluarkan
28,463
Aduan Diperiksa